Di pagi isnin yang tenang ini, saya ingin mengutarakan satu persoalan yang ramai dikalangan kita mengalaminya. Adakah anda tertekan dengan tempat kerja anda? Anda rasa pergi bekerja kerana terpaksa? saya percaya ramai dikalangan anda semua mengalami perkara ini, itu belum termasuk lagik kerja-kerja yang menimbun dan mengejar 'dateline' kan?
Cuma saya hendak anda berfikir, siapa yang membela nasib anda di kala anda berada dalam tekanan kerja yang banyak, mengikut arahan-arahan ketua jabatan dan juga pengarah urusan sehingga kadang-kadang anda rasa anda tak sepatutnya dilayan sebegitu rupa oleh majikan anda. Anda adalah pekerja yang berdedikasi di dalam setiap kerja yang anda lakukan. Cuma, adakah anda mendapat bayaran atau penghargaan yang setimpal dengan segala usaha dan keringat yang anda telah lakukan. Mungkin ada dikalangan anda yang tidak bersetuju dengan pendapat ini lebih-lebih lagi yang bergelar majikan. Seorang pekerja yang baik akan melakukan tugas yang dilakukan dengan amanah dan penuh dedikasi tanpa mengharapkan balasan, tetapi jika anda seorang majikan cuba anda nilai prestasi pekerja tersebut dengan penuh teliti tanpa ada unsur-unsur luar yang mempengaruhi anda. (seperti bodek, pura-pura rajin dan sebagainya. Anda sebagai majikan ada kuasa untuk memberinya sedikit penghargaan sebagai perangsang kepada pekerja anda. Pekerja anda tentunya akan merasa lebih dihargai dan meningkatkan lagi produktiviti kerja-kerjanya. Syarikat atau Jabatan anda tentu lebih cemerlang dari masa ke semasa.
Malangnya, sepanjang pengalaman saya bekerja dan pemerhatian saya kadang-kadang nasib pekerja tidak terbela dengan sewajarnya. Contoh yang paling mudah adalah kerja lebih masa, sesetengah majikan tidak mahu membayar gaji lebih masa pekerjanya. Suka saya memetik berita didalam kosmo pada hari jumaat 26 Februari 2010, dimana CUEPAC menyatakan jika majikan tidak mahu membayar gaji lebih masa, tidak perlu membuat kerja lebih masa, habis masa kerja terus balik dan buat kerja sambilan seperti bawa teksi dan bekerja di stesen-stesen minyak . Tapi tahukah anda kenyataan untuk balik terus selepas habis masa kerja tidak senang untuk dilakukan tambahan pula bebanan kerja yang mengunung dan menghampiri 'dateline', itu belum termasuk sikap majikan yang sangat suka memberi kerja-kerja di saat-saat akhir macam tiada esok bagi mu ..heheheh , maaf terbuat lawak pulak...itu adalah realitinya..tapi saya bukan dalam golongan tersebut, bukan saya ingin mendabik dada atau sebagainya, masa kerja saya adalah seperti yang tertakluk dalam surat tawaran kerja (Offer Letter). Dalam tempoh masa bekerja saya akan lakukan kerja yang diamanahkan dengan penuh dedikasi sambil buat jadual sendiri untuk memastikan saya dapat siapkan kerja dalam tempoh yang diberi. Cukup masa saya akan balik. Sebabnya? banyak sebab kerana peranan saya bukan hanya sebagai seorang pekerja, saya juga seorang isteri, seorang anak, seorang hamba ALLAH , dimana banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu saya lakukan, saya perlu seimbangkan semuanya agar yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Tahukah anda kerja lebih masa tidak semua menghasilkan produktiviti yang tinggi kerana anda telah penat bekerja selama 8 jam. Didalam Akta Buruh 1955, masa kerja biasa adalah 8 jam sehari atau 48 jam seminggu dimana jika lebih akan dikira sebagai kerja lebih masa.
Didalam Akta Buruh 1955 dan juga polisi-polisi di setiap organisasi, semua itu ada tertulis tetapi ia bergantung kepada pihak majikan dan keprihatinan pekerja itu sendiri untuk menjaga kebajikan mereka sendiri. Ini kerana tidak semua pekerja yang tertakluk kepada Akta Buruh 1955,(saya bincangkan pada masa akan datang mengenai Akta Buruh 1955) kebajikan pekerja bukan setakat cuti tahunan, cuti sakit, klinik panel ia lebih menyeluruh. Saya harap penulisan saya ini dapat membuka sedikit minda anda semua, mengenai kebajikan anda sebagai pekerja. Tujuan saya bukan untuk memburuk-burukan mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi pendapat umum dan pemerhatian kerana kadang-kadang kita tidak perasan atau sedar kesilapan-kesilapan kecil yang kita lakukan tetapi boleh memberi impak besar dalam kehidupan kita. Masa untuk berubah tetap ada dan tiada had waktu. Jumpa lagi di lain waktu.
No comments:
Post a Comment