Followers

berminat klik sahaja

get this widget here

Monday, May 16, 2011

novel terpakai - selagi ada dia karya aisya sofea


selagi ada dia
aisya sofea
rm13.99

Sinopsis
PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

novel terpakai -warkah cinta berbau syurga


WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
a.ubaidillah alias
pts
harga rm16.99

464 halaman

sinopsis :
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

-ini adalah karya kedua ust.ubaidillah alias,seorang bekas mahasiswa al-Azhar

novel terpakai -seindah dafodil


seindah dafodil karya umi kalthum
harga rm10.00
muka surat: 346

Synopsis: Insyirah melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mengambil jurusan perubatan di sana. Berjauhan dengan keluarga serta sanak saudara tidak menghalang Insyirah merealisasikan impiannya menjadi doktor. Dia begitu menjaga adab-adab ketimuran termasuk cara pergaulan walaupun tinggal di luar negara. Agama menjadi pegangan utama sepanjang hidup di perantauan. Rakan serumah dan teman sekuliah menceriakan lagi kehidupannya walaupun menghadapi perlbagai kesukaran. Namun, percintaan sejatinya dengan Ilham Budi mendapat tentangan hanya kerana jejaka itu bukan keturunan Syed.

sumber:- dari blog penulis

Seindah Dafodil...Terpilih untuk Pembelian 2009 KPM
Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah kerana mengizinkan buku keempat hasil penulisan saya iaitu Seindah Dafodil terpilih sebagai Pembelian 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Berita menggembirakan ini telah saya perolehi di sini.

Terima kasih juga kepada para pembaca kerana sudi membaca karya saya. Ibu ayah boleh menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan dan hadiah berupa nasihat secara tidak langsung kepada anak-anak mereka.

Semoga pelajar-pelajar sekolah yang masih remaja mendapat sedikit sebanyak mesej dan pengajaran yang ingin saya sampaikan serta kongsikan, terutama sekali adab-adab dan tatacara memelihara jatidiri bagi mereka yang mencari ilmu di negara asing...Amin.

novel terpakai - ku temui jalan pulang



Ku Temui Jalan Pulang
Penulis : ummiroses
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-243-6
Harga : RM10.00
muka surat : 106

Sinopsis

Rupa-rupanya banyak perkara dalam kehidupan yang ku tinggalkan. Perjara yang menjadi kewajipan sebagai seorang Islam telah lama tidak ku laksanakan. Di Raushatus Sakinah, aku mula belajar dan mengamalkan kembali tuntutan-tuntutan agama terhadapku.Aku benar-benar insaf. Kepada kawan-kawan di luar sana, jagalah maruah kewanitaan kalian dengan sebaik-baiknya. Seorang lelaki jarang akan bertanggungjawab apabila sudah melakukan perzinaan dengan seorang wanita. Akhirnya wanita jugalah yang akan menanggung kesannya sampai bila-bila.

novel terpakai - ayat-ayat cinta



Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : AR
ISBN : 983-2672-36-8
Harga : RM15.99
muka surat: 510

Sinopsis

PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN THE MOST FAVORITE BOOK 2005
Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-Ayal Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki malah menghidu perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.
Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di iuar dan di dalam negaranya.

A. Samad Said Sasterawan Negara

Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya AyatAyat Cinta terpilih sebagai The Most Favorite Book..."

MAJALAH MUSLIMAH,
Edisi Januari 2006

"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam notel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"

AHMADUN YOST HERFANDA Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"

MOHAMMAD FAUZIL ADHIM Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

"Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dart pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya, Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang "hidup" dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka...

JONIARIADINATA Penulis Cerpen, Redaksi Jumal Cerpen Indonesia

Wednesday, May 11, 2011

novel terpakai - arca kasih by norzailina nordin



Arca kasih
norzailina nordin
harga 11.99

Sinopsis
Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?

novel terpakai - matahri cerah lagi by fauziah ashari


matahari cerah lagi
fauziah ashari
rm16.99

Sinopsis :
Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

novel terpakai - pergilah airmata by hanni ramsul


pergilah air mata
hanni ramsul
rm21.99

Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan kubiarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
selamanya...

Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini cuma mengundang sakit di hatimu. Untuk sekali ini, akurlah pada satu pintaku…
Lepaskan aku dari belenggu air mata ini…SABRINA…


Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan. Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuat hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu…Maaf…Ini pilihanmu, lantas aku akan kotakan… akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu… agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan…
BADRUL…

KOMEN PEMBACA
alizhana - eee..geram la dgn c bad ni..tu la bt sabrina mcm tu skg da kena blkgkn dgn isteri kesayangan dia tu...padan muka...baca cerita ni bt sy emosi pula...hehehe geram pula dgn sikap lelaki yg mcm bad ni..

Nur_suhana - alamak..best sgt cerita ni..knp cetak lmbt sgt..lamanya nak tgu smpi januari...best3..keseluruhan cerita ni mg best....tahniah hanni Ramsul...u mg penulis yg hebat

Lyzx - -memang lain dr yang lain… harap2 penulis2 muda yg lain dapat belajar dari Hanni Ramsul cara betul keluarkan idea yg fresh… maaf kalau ada yg terasa… Hanni… teruskan usaha anda untuk novel ke-3 pula… good luck…

Be - benci sangat kat maria,hipokritnye manusia...bila satu hari nanti semua rahsia terbongkar baru padam muka dia,tunggu la hari pembalasan...apapun tahniah kak hani teruskan berkarya kerana novel ni lain dari yang lain...

Quetim - kak hanni, akak memang pandai menulis. gaya olahan pun santai. rasanya novel ni novel kedua terpilih untuk dipasarkan kan?? gud luck and all the best. kalau jadilah novel, saya pasti beli. suka yang amat kat cter ni.. nk tahu gak apa dah jadi dengan kawan sabrina yang jahat tuh..

aza - nk tny ble agknye novel ni akn brada di kedai2 buku? sbb sy x b’peluang mjadi 100 pembaca terawal yg tmpah novel ni..mmg minat sgt2 dgn hanni ramsul..novel best sgt..

dillamelissa - salam kak hanni.. first nak ucap tahniah kat kak hani coz wat cita yg memang best... baca cita nie macam2 saya rasa... sometimes rasa nak nangis.. sometimes sebak sangat kat dada nie.. n sometimes sengih seorang2.. hehe.. apa pon cita nie mmg best.. wish luck to kak hanni.. n cpt2 publish ek PAM nie.. Love kak hanni..:D

missnina - kak hanni, saya menangis baca n3 kali ni..sedih ada, terharu pun ada dengan kisah sabrina..badrul, plese la jangan tinggalkan ina p/s: kak hanni,nina dah tak sabar nak beli PAM :)

sue - hehehheheh...bestnya entry kali ni...sampai senyum sorang2...kakak dh pandang semacam je...pelik kot tgk...hahaha.. whateverla... biarla bad tu pilih ina aje..xpun biar yana tu tarik diri..lepaskan bad utk ina...duk asing pun bukan dia ambik kisah makan minum bad...iskh3 cian betul dpt wife cm yana...good job k.hanni..teruskan usaha.. sukaaaaaanya.....

Syam87 - salam. besh nyer….keinginan untuk membaca dah takl tertanggung lagi. dah bayar…bila novel akan sampai…xsabar.

ummihurairah - hebat la u hanni..1st novel u pn hebat sangat2..dalam banyak2 novel yg i bace ,novel u la yg langsung xda “copy paste” ayat2 novel org lain.. smue asli dari minda u..tahnia hanni.. i dah save money u2 bli novel ni tau..harap2 novel ni cepat sampai ke tawau sabah..hehehehe.. dah lama i ikuti perkembangan novel ni,.harap2 juge sempat bli sebelum i pergi bercuti d kalimantan timur..pulau TARAKAN.. skali lagi,,tahniah pd hanni,n admin blog ni..

Antara komen pembaca dari laman blog penulis & juga dari laman www.penulisan2u.my | www.penulisan2u.net | penulisan2u.blogspot.com

Monday, May 9, 2011

Senarai novel terpakai yg terbaru 10 may 2011

Senarai novel terpakai yg terbaru 10 may 2011
1. Ku gapai kasihmu – hendan yahaya – rm12.99
2. Kembalikan cintaku- norhayati berahim – rm15.99 -SOLD
3. Ternyata cinta-damya hanna-rm12.99
4. Bunga kasih-norhayati berahim –rm14.99
5. Ruang rindu-rozita abd wahab –rm15.00
6. Atas nama cinta-lily suriani-rm13.99
7. Kau tetap dihati –liza zahira-rm12.99
8. Biarkan aku menangis –norhayati berahim-rm16.99
9. Selagi ada dia-aisya sofea-rm13.99
10. Ilusi hati-haiza najwa-rm13.99 -SOLD
11. Matahari cerah lagi-fauziah ashari-rm16.99 -SOLD
12. Cinderella –siti rohayah atan-rm9.99 -SOLD
13. Dia lebih mengerti – norhayati berahim- rm14.99
14. Arca kasih- norzailina nordin-rm11.99
15. Kau kekasihku-anis ayuni-rm12.99
16. Pergilah airmata-hanni ramsul-rm21.99
17. Lagu rindu-ayu emelda-rm12.99 -SOLD
18. Hanya kita berdua-aina emir-rm12.99-SOLD
19. Bingkisan dari hati-norhayati berahim-rm16.99
20. Setia menanti-fauziah ashari-rm13.99 -SOLD
21. Demi cinta khisa 2-ABOT-rm16.00
22. Setulus cinta-norhayati berahim-rm15.99-SOLD
23. Sakitnya saying-norhayati berahim-rm17.99
24. Gelora asmara-haryani kamilan-rm12.99
25. Sungguh aku cinta- anis ayuni-rm12.99-SOLD
26. Rahsia perindu- ramlee awang murshid-rm12.99
27. Cinta syaza- harga asal – rm21.90 harga jual-rm12.99
28. Selaut kasih –harga asal – rm14.00 harga jual –rm9.99
29. Ralat –harga jual rm9.99
30. Cinta terakhir –harga jual rm9.99
31. Bila sena kembali berbunga 2 –harga asal -rm27.90 harga jual –rm12.99
32. Rindu yang pergi-harga asal rm13.00 harga jual rm9.99
33. Biarlah rindu ini berguguran –harga asal rm23.90 harga jual rm12.99
34. Nota luka III-harga asal rm27.90 harga jual-rm12.99
35. Kisah kasih – harga asal rm11.90 harga jual –rm9.99
36. Realiti – harga asal rm23.99 harga jual –rm12.99
37. Arca dicermin –harga asal rm16.90 harga jual rm10.99
38. Kekasih-harga jual rm3.99
39. Mentari masih jernih –harga jual rm5.99
40. Anak tanjung –harga jual rm5.99
41. Ke akhir nanti –harga jual rm5.99
42. Jauh- harga jual rm10.00
43. Dibibir mu ada lagu -harga jual rm5.99
44. Bersama akhirnya –harga jual rm5.99-SOLD
45. Blind date – harga jual rm5.99
46. Berakhirnya musim luruh –harga jual rm4.99
47. Kaunselor cinta – harga jual rm5.99
48. Kampus –harga jual rm5.99-SOLD
49. Sekuntum bunga sena –harga jual rm12.99
50. Soal cinta- harga jual rm12.99
51. Musim kenangan- harga jual rm5.99

Sesiapa yang berminat sila layari , utk maklumat lebih lanjut , cepat sebelum kehabisan....
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150168643017928.302021.598992927&l=5cbcef7eec
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...