Selamat datang ke blog ijjalyza, menjual novel-novel terbaru dan terpakai berminat sila email ke : ijjalyza@hotmail.com juga boleh menempah felt craft
berminat klik sahaja
Monday, March 25, 2013
MAMA MIA SHAZA KARYA AMY ROBERTO LNP
Novel kedua terbitan Lovenovel Publication bakal menemui anda tidak lama lagi.
MAMA MIA SHAZA
EMY ROBERTO
RM22.00 [ SM ]
RM25.00 [ SS ]
Sinopsis :
Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka.
Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.
“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan
Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.
Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.
“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya
Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.
Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?
Monday, March 4, 2013
novel dekat padamu karya sarnia yahya
Mempersembahkan NOVEL PERTAMA LNP -
DEKAT PADAMU (SARNIA YAHYA)
HARGA SEMNJUNG RM22/ SBH N SWAK RM25
************************
Perkahwinan yang pincang, mungkinkah mampu dipulihkan kembali?
Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?
Bagi iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.
‘Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang’ – Iskandar
Bagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.
‘Ika tak dapat terima abang.’ – Syafiqa
Namun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.
‘Macamana abang masuk?’ – Syafiqa
‘Abang kan Spiderman.’ - Iskandar
*********************
Subscribe to:
Posts (Atom)