Followers

berminat klik sahaja

get this widget here

Thursday, December 15, 2011

Buat Yang Tersayang karya Maya Rasyidah


Buat Yang Tersayang
Maya Rasyidah

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-737-2
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

Detik Debar karya Eyman Hykal


Detik Debar
Eyman Hykal

Harga: RM 17.00
ISBN: 978-983-124-743-3
Halaman: ~448
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 20 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.

Bersatu Dalam Cinta ~ AZRA ARYRIESA


Bersatu Dalam Cinta ~ AZRA ARYRIESA
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-12-2
~688 hlm

Setelah kehilangan isteri tercinta, Isma bertemu dengan Damia yang merupakan sepupu kepada arwah isterinya. Raut wajah seiras Kamilia menyebabkan Isma terkenang pada arwah isterinya. Perbezaan sikap dan tingkah Damia berjaya memutikkan cinta Isma terhadap Damia dalam diam.

Sementara Wafi, seorang wanita pendiam pula telah membuatkan Faris, jiran sebelah rumahnya jatuh hati padanya. Namun huluran cintanya disambut dingin.

Manakala, mampukah perbalahan antara Ainul dan Alia pasangan suami isteri yang telah bercerai dipulihkan oleh keluarga mereka? Adakah akhirnya mereka mampu bersatu dalam cinta?

Kasih Tak Kesampaian ~ NIESYA HANIE

Kasih Tak Kesampaian ~ NIESYA HANIE
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-08-5
~448 hlm

Mak Timah terpaksa bekerja keras membesarkan lima orang anak yang masih kecil. Kerana kesempitan hidup, Encik Elias terpaksa keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan. Setelah bertahun-tahun berlalu, Encik Elias muncul semula. Mak Timah diceraikan dan Encik Elias enggan mengakui Nazmi sebagai anak bongsunya.

Sebagai anak sulung, Normah terpaksa mengorbankan masa depannya demi keluarga. Berbekalkan kegigihan, Normah terus meniti kejayaan demi kejayaan. Cinta yang dibina bersama Izzudin terus segar di ingatan biarpun lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kehadiran semula Encik Elias sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hidup mereka.

Dapatkah Normah dan adik-adiknya menerima kehadiran Encik Elias? Bagaimanakah reaksi adik bongsunya, Nazmi dan apakah kesudahan cinta Normah?

Kembali Padamu ~ ZULFATI HANIS


Kembali Padamu ~ ZULFATI HANIS
RM 18.90
ISBN: 978-967-0342-07-8
~416 hlm

Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu.

Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya.

Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka.

Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?

SUAMI YANG KUBENCI ~ E-MAN SUFI


SUAMI YANG KUBENCI ~ E-MAN SUFI
[ SM : RM20 / SS : RM23 ]

"seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

SInopsis :

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

SUNGGUH AKU MENGERTI ~ AMISHA DANIA


SUNGGUH AKU MENGERTI ~ AMISHA DANIA

[ SM : RM19 / SS : RM22 ]

Akanku padamkan tapak-tapak hitam yang mengekori langkahmu dengan buih-buih Kristal cintaku, moga bahagia akan menjadi milik kita selamanya.

SINOPSIS

Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?

Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.

"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.

"Ye…betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela…" bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.

ERTI CINTA karya CAMELLIA


ERTI CINTA ~ CAMELLIA
SM : RM19 / S&S : RM22

Mana saya punya cinta?

Blurp :

ANIS hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan Danny dan Joe telah membuatkan hidupnya tunggang-langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.

“Dia handsomelah… cair hati aku.”
“Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah.”

“Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain… mana nak letak muka?

“Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni,” bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.

Darah Anis menyirap. “Danny lelaki baiklah. Kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat.”

Joe menggeleng. “Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat.”
“Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja hah? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?” Anis makin menyinga.

Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. “Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh.” Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.

Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.

Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia? Setiap bab yang pasti membuatkan debaran jantung berdegup kencang.

PABILA CINTA MEMANGGILKU karya SYAMNURIEZMIL


PABILA CINTA MEMANGGILKU ~ SYAMNURIEZMIL
SM : RM19 / S&S : RM22

Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!

Blurp :

Yang Ayesha, seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, yop dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”

Adam Harith, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : “Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Yang sayang Irfan lebih daripada Adam? Yang suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi Yang?”

Amirul Irfan, seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

Amirul Irfan : “Awak ni memang degillah Sya… tapi tak apa. Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti....”

Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?

Aku Piih Dia karya Hezzy Azra


Aku Piih Dia
Hezzy Azra

Harga: RM 22.00 semenanjung/ rm25 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-742-6
Halaman: ~560
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 25 Dis 2011
Kategori: Novel

Sinopsis
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.

Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.

Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.

Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka

PERSIS BIDADARI SYURGA


PERSIS BIDADARI SYURGA

HARGA : RM 21 - SEMENANJUNG / RM 24 - SABAH / SARAWAK

SINOPSIS :

Ketetapan takdir yang tertulis tidak mampu diubah lagi. Nur Asiah terpaksa berserah saat dia dikahwinkan dalam usia muda dengan lelaki yang tidak dicintai kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sewaktu rakan sebayanya berlumba-lumba memanjat tangga universiti, Nur Asiah berada di ceruk dapur, menjadi isteri yang terdera fizikal dan mentalnya oleh suami yang panas baran serta menjadi hamba kepada madunya di dalam rumah sendiri.

Bayangan nasib malang dan ujian ALLAH sering mengekorinya. Saat dia mendapat kembali cinta, kasih dan sayang suami yang hilang, dia diuji lagi. Suami tercinta pergi menghadap ILAHI. Dalam usia yang masih muda, dia bergelar balu. Dugaan datang dan pergi sehingga Nur Asiah kelelahan. Mampukah Nur Asiah menyambung kembali cinta pertamanya bersama Zarif atau menerima lelaki dari Jerman yang mengirim cinta di angin lalu? Tegakah dia menduakan kasih suaminya yang kini hanya tinggal nama? “Ya ALLAH… berikan aku petunjuk dan hidayah dalam menghadapi dugaan-Mu ini

Fiksyen 302 karya Ramlee Awang Murshid


Fiksyen 302
Ramlee Awang Murshid

Harga: RM 21.00 semenanjung/ rm24 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-746-4
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: Dis 2011
Kategori: Novel

Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan

Biru Ungu Cintaku karya Intan Arnida


Biru Ungu Cintaku
Intan Arnida

Harga: RM 21.00 semenanjung / rm24 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-733-4
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 24 Dis 2011
Kategori: Novel

Sinopsis
Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam.

Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Maruah Syakim semakin tercabar. Dia yang selama ini memendam rasa cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai Prince William di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?

Untuk Sekali Lagi karya Azilah Wahab


Untuk Sekali Lagi
Azilah Wahab

Harga: RM 21.00 semenanjung / rm24 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-734-1
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 25 Dis 2011
Kategori: Novel

Sinopsis
Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah!

Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar!

Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang

Sisa Sebuah Cinta KAKI NOVEL DEC 2011


Sisa Sebuah Cinta

ISBN:- 978-967-5067-89-1
SEMENANJUNG: RM 30.00
SABAH/SARAWAK: RM 33.00

'Pelangi. harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yang tidak dihargai.'
Sinopsis:-

Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?

Kerana Sebuah Janji kaki novel dec 2011


Kerana Sebuah Janji

ISBN:- 978-967-5067-88-4
SEMENANJUNG: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00

'Cukuplah sekali menyakitimu, cukuplah sekali kau membenciku'

Sinopsis:-

Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?

Monday, December 5, 2011

2nd novel 6 dec

salam semua nie novel terpakai , akak tlg kwn jual , setiap satu rm17 termasuk pos laju , amik byk leh murah lagi insyaAllah

1.quartet-saidatul saffa,
2.kasih benar kasih-aleeya anessa,
3.stanza cinta-nurul halawati,
4.versus-hlovate,
5.pelangi-syud,hlovate,noor suraya,
6.tunas-hlovate,
7.jauh dari cinta-adah hamidah,
8.gurindam jiwa-hlovate,imaen,noor suraya.

Sunday, December 4, 2011

Merahnya Ceri Penulis: Zulina


Merahnya Ceri
Penulis: Zulina
ISBN: 978-967-5118-73-9
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)


Berapa peratus wanita di dunia ini tidak pernah kecewa dengan cinta pertama?
Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!

Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampainya hati dia!
Baca bab awal

Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! Biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa pun!!!

Bagaikan sebuah drama... tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilamana saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa dapat dikesan.

Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup ‘buku cintanya’ pada ‘lelaki yang tidak setia’ itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?

* * * *

ZULINA membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang senantiasa diuji cintanya. Merahnya Ceri di tangan ZULINA tentulah menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?

Adamaryam Penulis: Xarine


Adamaryam
Penulis: Xarine
ISBN: 978-967-5118-74-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.

Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta...

Baca Bab Awal



Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.

Lelaki itu ada segala-galanya – pangkat, rupa, akal, juga digilai ramai gadis kilang. Tapi lelaki yang pernah digelar ‘playboy pencen’ kini akhirnya tersungkur dengan Maryam yang payah diduga hatinya. Bagi Adam, Maryam lain daripada beratus-ratus ‘minah kilang’ Matsushirota Elektronics (M) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang itu.

Siapa Maryam sebenarnya?

Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta; baik dengan Adam mahupun dengan Bani. Maryam menyenangi Bani, juruteknik dari Kelantan yang gila-gila dan sering buat dia tersenyum.

Jeng... jeng... jeng!

... apabila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua jadi terancam, Maryam mesti segera buat keputusan. Perlukah dia letak kepercayaan dan cintanya pada Adam?

Kenapa Adam lari? Siapa yang mengancam nyawa mereka? Apakah Code X itu sebenarnya?

* * *

XARINE seorang jurutera yang sering bereksperimen dalam penulisannya. Anda kena baca Adamaryam kerana semua ‘rahsia’ akan terjawab di dalamnya. Karya suspens-santai ala-ala thriller ini pantas dan penuh debaran!

Setia Hati Merindu – Fateen Najwa



Setia Hati Merindu – Fateen Najwa

Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00

Dia amat bersyukur. Hari ini dia sudah punya keluarga walaupun tidak sempurna. Dia punya ibu untuk bermanja. Dia punya anak untuk menumpang kasih. Tidak lama lagi dia akan mendapat menantu pula. Keluarganya akan berkembang, menjadi tambah besar.

“Nur, abang sayang dan cintakan Nur. Abang janji takkan sia-siakan hidup Nur. Seluruh hidup abang adalah untuk Nur.”

Itu janji Aris kepada Nur Sadiqeen. Tapi kemudiannya, hanya sekelumit rasa cinta dan rindu yang mampu Nur Sadiqeen simpan hingga kini. Masa sudah jauh meninggalkan, tapi dia sentiasa mengenang Aris. Sampai bila-bila pun nama lelaki itu akan terukir di hati. Setiap detik yang berlalu, tak pernah dia melupakan.

“Sekarang ni, abang terpaksa bernikah dengan Tengku Syaza…”

Lalu, mengapa rindu tidak mahu hilang daripada hati sanubarinya? Mengapa setia hati terus begitu? Nur Sadiqeen bagaikan masih menanti Aris hadir sekali lagi dalam hidupnya, menjemput dia pulang ke mahligai yang pernah mereka diami suatu masa dulu.

Aku masih isterimu… kau tidak pernah melafazkan talak ke atasku..

Tiada Dua – Nurfaza Alisya


Tiada Dua – Nurfaza Alisya

Sem. Malaysia: RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00

Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?

Perlu Kamu – Nia Qurratun’aini


Perlu Kamu – Nia Qurratun’aini

Sem. Malaysia RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00

“Bila hati ini berbicara, aku tahu itu kamu. Bila hati ini mendengar, aku tahu itu kamu. Bila hati ini melihat, aku tahu itu kamu. Dan bila aku tahu itu kamu, hati ini mula tersenyum dan sesungguhnya hati ini perlu kamu.”

Pertemuan dengan gadis misteri itu di alam mimpi sudah cukup membuatkan hati Iqram tertanya-tanya. Acapkali ia berulang dan dia jatuh cinta terhadap gadis itu walaupun Natasya berada di sisi.

Takdir menemukan Iqram dengan Insyirah di alam nyata. Hati Iqram mengatakan Insyirah adalah gadis misteri itu. Gadis yang sama di alam mimpinya. Dia percaya Insyirah adalah takdirnya. Namun, setia Insyirah untuk Zafirul. Tidak mungkin untuk lelaki lain.

Satu peristiwa yang tidak diduga berlaku dalam hidup Insyirah. Apa yang menimpa menyebabkan dia melemparkan kebencian terhadap Iqram. Namun, Iqram seboleh mungkin mahu peluang kedua daripada Insyirah. Dia mahu alam mimpi dan realitinya bersatu. Insyirah harus ditawan hatinya.

Apakah akan terjadi? Mampukah Iqram menawan hati Insyirah sekali gus memperoleh peluang kedua yang dia mahukan? Adakah benar Insyirah takdir untuk Iqram? Benarkah Insyirah dan Iqram saling memerlukan?

Tak Mungkin Dia karya Rania Firdaus



Tak Mungkin Dia
Rania Firdaus

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-732-7
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.

Hati Kala Cinta karya Hani Fazuha ALAF21 NOV 2011


Hati Kala Cinta
Hani Fazuha

Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-717-4
Halaman: ~560
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

MEREKA rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez. Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya. Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...