Followers

berminat klik sahaja

get this widget here

Sunday, August 28, 2011

ku seru rindu itu by hanni ramsul



KUSERU RINDU ITU - HANNI RAMSUL


ISBN: 978-967-5067-83-9
SEMENANJUNG: RM 26.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00

Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu….


Sinopsis:

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan
Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

aku bukan mistress by acik lana


AKU BUKAN MITRESS - ACIK LANA

ISBN: 978-967-5067-84-6
SEMENANJUNG: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00

Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi aku hanya ingin tahu, kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?


Sinopsis:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

sekebun bunga cinta by liyana zahim


Harga:RM22.00
Halaman: 536
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-704-4

Sinopsis: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.

semerah inai di jari by mila yusof


Harga:RM21.00
Halaman: 528
Penulis: Mila Yusof
ISBN: 978-983-124-718-1

Sinopsis: Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

serasi sehati by nuriz aida


Harga: RM21.00
Halaman: 544
Penulis: Nuriz Aida
ISBN: 978-983-124-587-3

Sinopsis: Demi insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Namun dia ‘teguh’ kerana ada Aiman, sahabatnya di sisi. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta Balqis berbunga untuk Hafizul. Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Mengapa hati mesti berbohong?

usah menangis sayang by aini marisha


Harga: RM21.00
Halaman: 528
Penulis: Aini Marisha
ISBN: 978-983-124-692-4

Sinopsis: ‘Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.’

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

Saturday, August 6, 2011

kau kekasihku karya anis ayuni



kau kekasihku
anis ayuni
new rm19.90
2nd hand rm14.00

Sinopsis :
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi.
Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing.
Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong.
Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.
Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan?
Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya.
Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Cinta Pandang Ke-2 karya Laila Kamilia



Cinta Pandang Ke-2~Laila Kamilia
Penerbit: Alaf21
Harga:RM22.00
Halaman: 576
ISBN: 978-983-124-691-7

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Biar Rindu Berlalu karya Sharifah Abu Salem



Tajuk : Biar Rindu Berlalu
Pengarang : Sharifah Abu Salem
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
harga rm19.90

Sinopsis belakang novel:

Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.

Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata.


Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku,
namun ia juga adalah saat terindah
yang tak mungkin dapat kutemui sampai bila-bila...

Di saat kemelut dan persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa, Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.

berita dari hati karya Nurassyi Rashid


Berita dari Hati~Nurassyi Rashid
Penerbit: Alaf21
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-703-7

Sinopsis:
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.
Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

setia menanti fauziah ashari (new version)


Setia Menanti - Semenanjung: RM24.00;

postage pos ekpres rm6 semenanjung
for Sabah/Sarawak: tambahan kos RM3

Terbitan: Intens (Versi asal olahan terkini)
Pages: 568 m/s

Sinopsis:

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.

selamat tinggal sayang - maa lee chuswan



Selamat Tinggal Sayang - Semenanjung (RM22.90)/Sabah & Sarawak (RM25.90)

Sinopsis:

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawap yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi...dan sampai bila Puteri harus harus digantung tidak bertali...

YES, BOSS! – AREILA SAHIMI



YES, BOSS! – AREILA SAHIMI (KELUARAN OGOS)
HARGA RM 19.00


Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, boss!”

Sinopsis:-

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.


Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.


Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.


Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...