Selamat datang ke blog ijjalyza, menjual novel-novel terbaru dan terpakai berminat sila email ke : ijjalyza@hotmail.com juga boleh menempah felt craft
berminat klik sahaja
Thursday, July 28, 2011
uda dan dara karya aisya sofea
uda dan dara karya aisya sofea (my fav writer)
Harga: RM22.00
Halaman: 560
Sinopsis:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
Monday, July 25, 2011
Setia ke Hujung Nyawa karya Fatin Nabila
setia ke Hujung Nyawa~Fatin Nabila
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR19.90
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-699-3
Sinopsis:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ʻmenyentuhʼ isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukum an ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Kemahuan hati karya fida rohani
Kemahuan hati
karya fida rohani
harga rm19.90
sinopsis
NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu.
Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya.
Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan.
Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.
cantiknya si comot karya Miazal Zahra
Judul : Cantiknya Si Comot
Penulis : Miazal Zahra
Harga : RM19
sinopsis
Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.
Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.
"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."
Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.
kau ditakdirkan untukku - karya geemuszisya
kau ditakdirkan untukku
karya geemuszisya
harga rm19.00
SINOPSIS:
Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal.
Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya. Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.
"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.
"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.
Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?
Wednesday, July 20, 2011
TAWARAN HEBAT RM100
tawaran istimewa- 2nd hand novel - pesanan terakhir seorang lelaki, kasih yang suci, andai itu takdirnya, gelora, lagenda budak setan ONLY RM100 termasuk pos TERHAD ONE CUSTOMER ONLY , FIRST PAY YOU GET IT ....berminat sila EMAIL : ijjalyza@hotmail.com
Wednesday, July 13, 2011
rebate 5% untuk ready stock dan 2nd hand only on 14th n 15th july 2011
salam selamat pagi semua ....sempena minggu kelahiran saya maka mulai 14 july dan 15 july semua pembelian novel untuk yg 'ready stock' dan '2nd novel' akan mendapat rebate 5 % dan free domestic postage .
terms n conditions
1. Hanya untuk novel yang 'READY STOCK' dan 2nd novel sahaja , untuk yang ORDER atas budibicara pihak kami
2. FREE DOMESTIC POSTAGE sahaja yang pos ekpres dan pos laju tetap dikenakan bayaran yg sama ngan nilai buku
3. Pembayaran mesti dibuat dalam kedua2 hari tersebut untuk mendapatkan rebate 5% jika tidak pihak kami berhak mengenakan harga asal novel2 tersebut. Masa pembayaran bermula dari 6.30pagi 14 julai sehingga 11.59 malam 15 july 2011
4. penghantaran akan dibuat pada 18 july 2011 (Isnin)
5. Selamat membaca dan sokokng lah penulis-penulis tempatan
BERMINAT sila email : ijjalyza@hotmail.com atau add di facebook menggunakan alamat email yg sama tq
terms n conditions
1. Hanya untuk novel yang 'READY STOCK' dan 2nd novel sahaja , untuk yang ORDER atas budibicara pihak kami
2. FREE DOMESTIC POSTAGE sahaja yang pos ekpres dan pos laju tetap dikenakan bayaran yg sama ngan nilai buku
3. Pembayaran mesti dibuat dalam kedua2 hari tersebut untuk mendapatkan rebate 5% jika tidak pihak kami berhak mengenakan harga asal novel2 tersebut. Masa pembayaran bermula dari 6.30pagi 14 julai sehingga 11.59 malam 15 july 2011
4. penghantaran akan dibuat pada 18 july 2011 (Isnin)
5. Selamat membaca dan sokokng lah penulis-penulis tempatan
BERMINAT sila email : ijjalyza@hotmail.com atau add di facebook menggunakan alamat email yg sama tq
dewa cintaku karya dilla hussien
dewa cintaku (now sedang ditanyangkan di tv3 ganti nora elena)
karya dilla hussien
harga rm28.00
SOLD OUT
Sinopsis
"Walau cinta tak pernah aku cuba,
tak pernah aku rasa,
aku mampu berikan segalanya,'
cuma hanya...
jika kau bawa aku terbang bersama,
meneroka alam cintamu yang beku...
izinkan aku mencairkannya,
izinkan aku temanimu,
hingga ke akhir masa..."
DEWA CINTAKU
Iqbal & June
Miliki sejarah hidup yang sama,
menjadi mangsa perpecahan keluarga
sehingga menjadikan mereka
manusia-manusia yang tidak perlukan cinta,
Namun apabila cinta itu tidak berdosa...
Mereka tersungkur jua di kakinya....
bukan puteri lindungan bulan karya liana afiera malik
bukan puteri lindungan bulan
karya liana afiera malik
harga rm49.90
sinopsis
Lahirnya dia ke dunia menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahandanya menyebabkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang.
pesan terakhir seorang lelaki karya norhayati berahim
pesanan terakhir seorang lelaki
karya norhayati berahim
harga BARU rm22.90
2nd hand rm15.00
sinopsis
Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayahnya lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kpd empayar yang dibina. Tercabar dan sakit hati jua hanya membuang masa. dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya
Wednesday, July 6, 2011
contengan jalanan karya hlovate
contengan jalanan
karya hlovate
harga rm21.00
Sinopsis Contengan Jalanan
I - Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
gurindam jiwa karya hlovate,imaen, noor suraya
gurindam jiwa
karya hlovate,imaen, noor suraya
harga rm21.00
Ceritera I: Schubert's Serenadeoleh HlovateLagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
.
Ceritera II: Vendetta oleh ImaenDengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya."Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."
.
Ceritera III: Hati Andriyanaoleh Noor SurayaSebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara
kau yang pertama aku yang kedua
kau yang pertama aku yang kedua
harga rm19.90
Sinopsis
ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.
Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)