Followers

berminat klik sahaja

get this widget here

Thursday, April 28, 2011

novel terpakai - arca di cermin



Arca di cermin
karya siti rozilah
Harga RM10.99

novel terpakai - kisah kasih



Kisah kasih
Karya Kreisya Reisya
Harga RM8.99

Sinopsis
Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan The Search Of Cinderella yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari sambil tercicir kasut sebelahnya. Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamarannya itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri. Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun. Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya? Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta!

Sunday, April 24, 2011

Novel terpakai -NOTA LUKA III



nota luka III
karya sabariah araur
Harga RM12.99

Novel terpakai -Ralat



Harga RM9.99

Novel terpakai -Cinta Syaza



cinta syaza
karya rosnani shahadan
Harga RM12.99

Novel terpakai -Realiti


realiti
karya abdul rahim awang
Harga RM12.99

Novel terpakai -Musim Kenangan



musim kenangan
karya wan rahim wan mohammad
Harga RM5.99

Novel terpakai -KAMPUS



kampus
karya intan yaacob
Harga RM5.99

Novel terpakai -soal cinta



Soal cinta
karya siti rozilah jantan
Harga RM12.99

Novel terpakai -Sekuntum Bunga Sena



Kompilasi sekuntum bunga sena
karya abd talib hassan
Harga RM12.99

Novel terpakai -Bila sena kembali berbunga 2



Bila sena kembali berbunga 2
karya amaruszati noor rahim
Harga RM12.99
2 books available

Novel terpakai -Kaunselor Cinta



Kaunselor cinta
karya julia unggai
Harga RM5.99

Novel terpakai -BERAKHIRNYA MUSIM LURUH



berakhirnya musim luruh
karya musa atan
Harga RM4.99

Novel terpakai -BLIND DATE


Blind date
karya Raja Azli Raja Sulaiman
Harga RM5.99

Novel terpakai -BUNGA HATI



bunga hati
karya mohd ismail sarbini
Harga RM5.99

SOLD

Novel terpakai -DIBIBIRMU ADA LAGU



Di bibirmu ada lagu
karya shai
Harga RM5.99

Novel terpakai -SALJI MASIH BERGUGURAN



salji masih berguguran
karya badrul risham
Harga RM9.99

Novel terpakai -JAUH BY AISYA SOFEA



Jauh
karya aisya sofea
HARGA rm10.00

Novel terpakai -Ke akhir nanti



Ke akhir nanti
karya shahnil asmar saaid
HARGA RM5.99

Novel terpakai -Kekasih



Kekasih
karya anwar razali
HARGA RM3.99

Novel terpakai -Mentari masih jernih



Mentari masih jernih
karya hamiza s.b
HARGA RM5.99

Tuesday, April 19, 2011

novel-hati bila cinta


Hati Bila Cinta
RM20.00

Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Sunday, April 17, 2011

novel-pelukan cinta


Item Detail

Pelukan Cinta - Novel Terkini
RM17.00

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

novel-sepupuku suamiku


Sepupuku Suamiku
RM19.00


Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.
Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.
Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

novel-terlanjur mencintai mu


Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
RM 18.00

stok ada 2 buah

Sinopsis :
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

novel-hanya kau yg tahu



HANYA KAU TAHU BY KAMSIAH ABU
HARGA RM19.90

Sinopsis
Ini juga peluang keemasan yang diguna oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yang terkenal dengan imej ‘Romeo’ untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menjadi bertambah parah apabila impiannya untuk membina bahagia bersama kekasihnya Rizal menemui jalan buntu.

Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah-olah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bila akan berakhir.

novel aku yang menanti


Aku Yang Menanti (NOVEL TERBARU ALAF 21)
Haiza Najwa
Harga: RM 21.00

Sinopsis
Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...