Selamat datang ke blog ijjalyza, menjual novel-novel terbaru dan terpakai berminat sila email ke : ijjalyza@hotmail.com juga boleh menempah felt craft
berminat klik sahaja
Thursday, December 15, 2011
Buat Yang Tersayang karya Maya Rasyidah
Buat Yang Tersayang
Maya Rasyidah
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-737-2
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.
Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.
Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.
Detik Debar karya Eyman Hykal
Detik Debar
Eyman Hykal
Harga: RM 17.00
ISBN: 978-983-124-743-3
Halaman: ~448
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 20 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.
31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.
Bersatu Dalam Cinta ~ AZRA ARYRIESA
Bersatu Dalam Cinta ~ AZRA ARYRIESA
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-12-2
~688 hlm
Setelah kehilangan isteri tercinta, Isma bertemu dengan Damia yang merupakan sepupu kepada arwah isterinya. Raut wajah seiras Kamilia menyebabkan Isma terkenang pada arwah isterinya. Perbezaan sikap dan tingkah Damia berjaya memutikkan cinta Isma terhadap Damia dalam diam.
Sementara Wafi, seorang wanita pendiam pula telah membuatkan Faris, jiran sebelah rumahnya jatuh hati padanya. Namun huluran cintanya disambut dingin.
Manakala, mampukah perbalahan antara Ainul dan Alia pasangan suami isteri yang telah bercerai dipulihkan oleh keluarga mereka? Adakah akhirnya mereka mampu bersatu dalam cinta?
Kasih Tak Kesampaian ~ NIESYA HANIE
Kasih Tak Kesampaian ~ NIESYA HANIE
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-08-5
~448 hlm
Mak Timah terpaksa bekerja keras membesarkan lima orang anak yang masih kecil. Kerana kesempitan hidup, Encik Elias terpaksa keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan. Setelah bertahun-tahun berlalu, Encik Elias muncul semula. Mak Timah diceraikan dan Encik Elias enggan mengakui Nazmi sebagai anak bongsunya.
Sebagai anak sulung, Normah terpaksa mengorbankan masa depannya demi keluarga. Berbekalkan kegigihan, Normah terus meniti kejayaan demi kejayaan. Cinta yang dibina bersama Izzudin terus segar di ingatan biarpun lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kehadiran semula Encik Elias sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hidup mereka.
Dapatkah Normah dan adik-adiknya menerima kehadiran Encik Elias? Bagaimanakah reaksi adik bongsunya, Nazmi dan apakah kesudahan cinta Normah?
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-08-5
~448 hlm
Mak Timah terpaksa bekerja keras membesarkan lima orang anak yang masih kecil. Kerana kesempitan hidup, Encik Elias terpaksa keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan. Setelah bertahun-tahun berlalu, Encik Elias muncul semula. Mak Timah diceraikan dan Encik Elias enggan mengakui Nazmi sebagai anak bongsunya.
Sebagai anak sulung, Normah terpaksa mengorbankan masa depannya demi keluarga. Berbekalkan kegigihan, Normah terus meniti kejayaan demi kejayaan. Cinta yang dibina bersama Izzudin terus segar di ingatan biarpun lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kehadiran semula Encik Elias sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hidup mereka.
Dapatkah Normah dan adik-adiknya menerima kehadiran Encik Elias? Bagaimanakah reaksi adik bongsunya, Nazmi dan apakah kesudahan cinta Normah?
Kembali Padamu ~ ZULFATI HANIS
Kembali Padamu ~ ZULFATI HANIS
RM 18.90
ISBN: 978-967-0342-07-8
~416 hlm
Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu.
Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya.
Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka.
Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?
SUAMI YANG KUBENCI ~ E-MAN SUFI
SUAMI YANG KUBENCI ~ E-MAN SUFI
[ SM : RM20 / SS : RM23 ]
"seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."
SInopsis :
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
SUNGGUH AKU MENGERTI ~ AMISHA DANIA
SUNGGUH AKU MENGERTI ~ AMISHA DANIA
[ SM : RM19 / SS : RM22 ]
Akanku padamkan tapak-tapak hitam yang mengekori langkahmu dengan buih-buih Kristal cintaku, moga bahagia akan menjadi milik kita selamanya.
SINOPSIS
Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?
Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.
"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.
"Ye…betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela…" bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.
ERTI CINTA karya CAMELLIA
ERTI CINTA ~ CAMELLIA
SM : RM19 / S&S : RM22
Mana saya punya cinta?
Blurp :
ANIS hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.
Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan Danny dan Joe telah membuatkan hidupnya tunggang-langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.
“Dia handsomelah… cair hati aku.”
“Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah.”
“Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain… mana nak letak muka?
“Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni,” bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.
Darah Anis menyirap. “Danny lelaki baiklah. Kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat.”
Joe menggeleng. “Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat.”
“Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja hah? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?” Anis makin menyinga.
Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. “Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh.” Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.
Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.
Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia? Setiap bab yang pasti membuatkan debaran jantung berdegup kencang.
PABILA CINTA MEMANGGILKU karya SYAMNURIEZMIL
PABILA CINTA MEMANGGILKU ~ SYAMNURIEZMIL
SM : RM19 / S&S : RM22
Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!
Blurp :
Yang Ayesha, seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, yop dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.
Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”
Adam Harith, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.
Adam Harith : “Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Yang sayang Irfan lebih daripada Adam? Yang suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi Yang?”
Amirul Irfan, seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.
Amirul Irfan : “Awak ni memang degillah Sya… tapi tak apa. Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti....”
Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?
Aku Piih Dia karya Hezzy Azra
Aku Piih Dia
Hezzy Azra
Harga: RM 22.00 semenanjung/ rm25 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-742-6
Halaman: ~560
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 25 Dis 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.
Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.
Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka
PERSIS BIDADARI SYURGA
PERSIS BIDADARI SYURGA
HARGA : RM 21 - SEMENANJUNG / RM 24 - SABAH / SARAWAK
SINOPSIS :
Ketetapan takdir yang tertulis tidak mampu diubah lagi. Nur Asiah terpaksa berserah saat dia dikahwinkan dalam usia muda dengan lelaki yang tidak dicintai kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sewaktu rakan sebayanya berlumba-lumba memanjat tangga universiti, Nur Asiah berada di ceruk dapur, menjadi isteri yang terdera fizikal dan mentalnya oleh suami yang panas baran serta menjadi hamba kepada madunya di dalam rumah sendiri.
Bayangan nasib malang dan ujian ALLAH sering mengekorinya. Saat dia mendapat kembali cinta, kasih dan sayang suami yang hilang, dia diuji lagi. Suami tercinta pergi menghadap ILAHI. Dalam usia yang masih muda, dia bergelar balu. Dugaan datang dan pergi sehingga Nur Asiah kelelahan. Mampukah Nur Asiah menyambung kembali cinta pertamanya bersama Zarif atau menerima lelaki dari Jerman yang mengirim cinta di angin lalu? Tegakah dia menduakan kasih suaminya yang kini hanya tinggal nama? “Ya ALLAH… berikan aku petunjuk dan hidayah dalam menghadapi dugaan-Mu ini
Fiksyen 302 karya Ramlee Awang Murshid
Fiksyen 302
Ramlee Awang Murshid
Harga: RM 21.00 semenanjung/ rm24 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-746-4
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: Dis 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan
Biru Ungu Cintaku karya Intan Arnida
Biru Ungu Cintaku
Intan Arnida
Harga: RM 21.00 semenanjung / rm24 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-733-4
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 24 Dis 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam.
Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!
Maruah Syakim semakin tercabar. Dia yang selama ini memendam rasa cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai Prince William di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?
Untuk Sekali Lagi karya Azilah Wahab
Untuk Sekali Lagi
Azilah Wahab
Harga: RM 21.00 semenanjung / rm24 sabah n sarawak
ISBN: 978-983-124-734-1
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 25 Dis 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah!
Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar!
Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang
Sisa Sebuah Cinta KAKI NOVEL DEC 2011
Sisa Sebuah Cinta
ISBN:- 978-967-5067-89-1
SEMENANJUNG: RM 30.00
SABAH/SARAWAK: RM 33.00
'Pelangi. harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yang tidak dihargai.'
Sinopsis:-
Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?
Kerana Sebuah Janji kaki novel dec 2011
Kerana Sebuah Janji
ISBN:- 978-967-5067-88-4
SEMENANJUNG: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00
'Cukuplah sekali menyakitimu, cukuplah sekali kau membenciku'
Sinopsis:-
Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?
Wednesday, December 7, 2011
Monday, December 5, 2011
2nd novel 6 dec
salam semua nie novel terpakai , akak tlg kwn jual , setiap satu rm17 termasuk pos laju , amik byk leh murah lagi insyaAllah
1.quartet-saidatul saffa,
2.kasih benar kasih-aleeya anessa,
3.stanza cinta-nurul halawati,
4.versus-hlovate,
5.pelangi-syud,hlovate,noor suraya,
6.tunas-hlovate,
7.jauh dari cinta-adah hamidah,
8.gurindam jiwa-hlovate,imaen,noor suraya.
1.quartet-saidatul saffa,
2.kasih benar kasih-aleeya anessa,
3.stanza cinta-nurul halawati,
4.versus-hlovate,
5.pelangi-syud,hlovate,noor suraya,
6.tunas-hlovate,
7.jauh dari cinta-adah hamidah,
8.gurindam jiwa-hlovate,imaen,noor suraya.
Sunday, December 4, 2011
Merahnya Ceri Penulis: Zulina
Merahnya Ceri
Penulis: Zulina
ISBN: 978-967-5118-73-9
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Berapa peratus wanita di dunia ini tidak pernah kecewa dengan cinta pertama?
Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!
Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampainya hati dia!
Baca bab awal
Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! Biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa pun!!!
Bagaikan sebuah drama... tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilamana saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa dapat dikesan.
Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup ‘buku cintanya’ pada ‘lelaki yang tidak setia’ itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?
* * * *
ZULINA membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang senantiasa diuji cintanya. Merahnya Ceri di tangan ZULINA tentulah menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?
Adamaryam Penulis: Xarine
Adamaryam
Penulis: Xarine
ISBN: 978-967-5118-74-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.
Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta...
Baca Bab Awal
Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.
Lelaki itu ada segala-galanya – pangkat, rupa, akal, juga digilai ramai gadis kilang. Tapi lelaki yang pernah digelar ‘playboy pencen’ kini akhirnya tersungkur dengan Maryam yang payah diduga hatinya. Bagi Adam, Maryam lain daripada beratus-ratus ‘minah kilang’ Matsushirota Elektronics (M) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang itu.
Siapa Maryam sebenarnya?
Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta; baik dengan Adam mahupun dengan Bani. Maryam menyenangi Bani, juruteknik dari Kelantan yang gila-gila dan sering buat dia tersenyum.
Jeng... jeng... jeng!
... apabila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua jadi terancam, Maryam mesti segera buat keputusan. Perlukah dia letak kepercayaan dan cintanya pada Adam?
Kenapa Adam lari? Siapa yang mengancam nyawa mereka? Apakah Code X itu sebenarnya?
* * *
XARINE seorang jurutera yang sering bereksperimen dalam penulisannya. Anda kena baca Adamaryam kerana semua ‘rahsia’ akan terjawab di dalamnya. Karya suspens-santai ala-ala thriller ini pantas dan penuh debaran!
Setia Hati Merindu – Fateen Najwa
Setia Hati Merindu – Fateen Najwa
Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
Dia amat bersyukur. Hari ini dia sudah punya keluarga walaupun tidak sempurna. Dia punya ibu untuk bermanja. Dia punya anak untuk menumpang kasih. Tidak lama lagi dia akan mendapat menantu pula. Keluarganya akan berkembang, menjadi tambah besar.
“Nur, abang sayang dan cintakan Nur. Abang janji takkan sia-siakan hidup Nur. Seluruh hidup abang adalah untuk Nur.”
Itu janji Aris kepada Nur Sadiqeen. Tapi kemudiannya, hanya sekelumit rasa cinta dan rindu yang mampu Nur Sadiqeen simpan hingga kini. Masa sudah jauh meninggalkan, tapi dia sentiasa mengenang Aris. Sampai bila-bila pun nama lelaki itu akan terukir di hati. Setiap detik yang berlalu, tak pernah dia melupakan.
“Sekarang ni, abang terpaksa bernikah dengan Tengku Syaza…”
Lalu, mengapa rindu tidak mahu hilang daripada hati sanubarinya? Mengapa setia hati terus begitu? Nur Sadiqeen bagaikan masih menanti Aris hadir sekali lagi dalam hidupnya, menjemput dia pulang ke mahligai yang pernah mereka diami suatu masa dulu.
Aku masih isterimu… kau tidak pernah melafazkan talak ke atasku..
Tiada Dua – Nurfaza Alisya
Tiada Dua – Nurfaza Alisya
Sem. Malaysia: RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00
Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”
Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?
Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.
Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.
Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?
Perlu Kamu – Nia Qurratun’aini
Perlu Kamu – Nia Qurratun’aini
Sem. Malaysia RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00
“Bila hati ini berbicara, aku tahu itu kamu. Bila hati ini mendengar, aku tahu itu kamu. Bila hati ini melihat, aku tahu itu kamu. Dan bila aku tahu itu kamu, hati ini mula tersenyum dan sesungguhnya hati ini perlu kamu.”
Pertemuan dengan gadis misteri itu di alam mimpi sudah cukup membuatkan hati Iqram tertanya-tanya. Acapkali ia berulang dan dia jatuh cinta terhadap gadis itu walaupun Natasya berada di sisi.
Takdir menemukan Iqram dengan Insyirah di alam nyata. Hati Iqram mengatakan Insyirah adalah gadis misteri itu. Gadis yang sama di alam mimpinya. Dia percaya Insyirah adalah takdirnya. Namun, setia Insyirah untuk Zafirul. Tidak mungkin untuk lelaki lain.
Satu peristiwa yang tidak diduga berlaku dalam hidup Insyirah. Apa yang menimpa menyebabkan dia melemparkan kebencian terhadap Iqram. Namun, Iqram seboleh mungkin mahu peluang kedua daripada Insyirah. Dia mahu alam mimpi dan realitinya bersatu. Insyirah harus ditawan hatinya.
Apakah akan terjadi? Mampukah Iqram menawan hati Insyirah sekali gus memperoleh peluang kedua yang dia mahukan? Adakah benar Insyirah takdir untuk Iqram? Benarkah Insyirah dan Iqram saling memerlukan?
Tak Mungkin Dia karya Rania Firdaus
Tak Mungkin Dia
Rania Firdaus
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-732-7
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.
Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.
Hati Kala Cinta karya Hani Fazuha ALAF21 NOV 2011
Hati Kala Cinta
Hani Fazuha
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-717-4
Halaman: ~560
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
MEREKA rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.
Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez. Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.
Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya. Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi
Friday, December 2, 2011
Wednesday, November 30, 2011
al quran elektronik
Pelajari AlQuran dengan mudah menggunakan 'Pen Bacaan Elektronik'. Harga yang berpatutan hanya RM330.00. Sesuai untuk semua peringkat umur. Belajar dari Alif Ba Ta ke Mukadam dan AlQuran. Diperingkat advance ada control card untuk Bacaan oleh pilihan 6 orang qari dan berserta terjemahan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan 4 bahasa lain. Berminat pm saya. Terima kasih.
harga rm330 + pos laju rm15 semenanjung/rm25 sabah dan sarawak
1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza
1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza
oleh Chef Hanieliza
Harga: RM 39.90 / RM 42.90
ISBN-13: 978-967-5564-84-0
Tarikh Terbit: 26 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 396
Kategori:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Isi Kandungan
Menu di dalam buku ini adalah hasil kombinasi 15 buku Chef Hanieliza yang sudah diterbitkan. Terdapat 20 menu tambahan yang dihasilkan oleh Chaf Hanieliza turut dimuatkan dalam buku ini.
Sinopsis
Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan 365 resipi hasil kreativiti CHef Hanieliza yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istimewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta kuih muih minum petang.
Friday, October 21, 2011
ombak rindu cover poster filem
Tuesday, October 11, 2011
10 TERAWAL MENEMPAH NOVEL OKT 2011 - KARYA SENI
NOVEL KARYA SENI BULAN OKTOBER 2011
AWAK SUKA SAYA TAK? ~ MELUR JELITA
RM35 [ SEMENANJUNG MALAYSIA ]
RM38 [ SABAH/SARAWAK ]
TERBITAN OKTOBER 2011
USAI AKU TERIMA NIKAHNYA ~ UMIE NADZIMAH
RM19 [ SEM MALAYSIA ]
RM22 [ SABAH / SARAWAK ]
JADIKLAH 10 YG TERAWAL MENEMPAH NOVEL OKT 2011 KARYA SENI
NIKMATI REBATE RM2 + FREE GIFT , UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORANG LANGGANAN
TERIMA KASIH
Thursday, October 6, 2011
kasih bersulam cinta karya Rozita Abd Wahab ALAF21 OKT 2011
Penulis: Rozita Abd Wahab
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-726-6
Sinopsis: Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. ‘Angau.’ Perkataan itu yang disebut oleh Norma. ‘Aku angau? Hah... biar betul!’
Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA
bukan hanya sesaat karya Ainul Hazrah alaf21 okt 2011
Penulis: Ainul Hazrah
Harga: RM21.00
Halaman: 548
ISBN: 978-983-124-727-3
Sinopsis: PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing.Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wa ni ta yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.
Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya se saat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubar
Tuesday, October 4, 2011
NOV 2011 KAKI NOVEL -Angle In The Devil's Suit
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
Angle In The Devil's Suit
PENULIS: KASEH ESMIRALDA
ISBN: 978-967-5067-87-7
SEMENANJUNG: RM 23.00
SABAH/SARAWAK: RM 26.00
...
Sekilas Pandang 'Angle In The Devil's Suit'
CAMIE tersenyum ceria apabila kelibat Mak Cik Paula dikesannya di dalam Fiona Cruzz, mini Cooper kesayangan mak ciknya itu. Tanpa berlengah lagi Camie masuk ke dalam perut kereta.
Di dalam kereta, Paula menyambutnya dengan renungan tajam menikam. Jelas yang perawan lanjut usia itu sedang marah. Camie tidak berani membalas pandangan mata Paula. Terasa sangat bersalah terhadap mak ciknya nan seorang itu.
Kalau aku tak pergi intip Dew tentu Mak Cik Paula tak risau dan mencari aku sampai ke sini malam ini. Tapi mujur juga Mak Cik Paula mencari aku, untung-untung aku tak perlu menunggu teksi atau menaiki bas. Mujur juga waktu aku menghubungi dia tadi, dia berada di sekitar pekan ini.
Oh, Camie… kali ini memang kau yang bersalah. Kau perlu menerima apa saja leteran, bebelan… malah hukuman yang bakal Mak Cik Paula kenakan ke atas kau selepas ini akibat tindakan bodoh kau hari ini.
“Kau ni betul-betul menyusahkan aku. Mujur papa dan mama kau tak hubungi mak cik hari ni. Kalau tak, apa mak cik nak jawab pada mereka. Kau ke mana dengan pakaian sekolah macam ni? Berjalan sampai tak ingat nak balik. Kau bersama siapa tadi?”
“Errr… sebenarnya…” Camie tak berani hendak berterus terang. Entah jawapannya itu akan diterima oleh mak ciknya atau tidak. Silap percaturan, Paula tambah mengamuk pula apabila mengetahui yang dia bersama dengan temannya yang merupakan seorang lelaki. Lagi parah kalau Mak Cik Paula tahu aku lari keluar kolej hari ni kerana nak pergi mengintip Dew. Lebih baik diam dan tadah telinga aja mendengar leteran mak nenek ni.
“Kau dengan budak lelaki mana hah? Bla… bla… bla… kau ponteng kelas ya… bla… bla… jangan sampai aku repot hal kau pada mama dan papa, Camie. Bla… bla dan bla lagi.”
Sambil memandu, mulut Paula turut sama bergerak mengikut rentak deruman enjin kereta. Bosan sungguh Camie mendengarkannya. Lantas sesekali dia menoleh keluar tingkap. Melihat apa saja yang ada di luar.
Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang pemuda yang sedang berlari menuju ke hentian bas, tempat dia menunggu mak ciknya tadi. Mata Camie terbeliak. Mulut ternganga. Wajahnya dilekapkan ke cermin tingkap. Sama ada percaya atau tidak dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang. Lelaki itu melilau-lilau melihat sekeliling kawasan berhampiran. Mencari kelibat seseorang yang ditinggalkannya tadi.
Setelah kelibat Dew hilang dari pandangan, Camie kembali duduk bersandar di kepala kerusi. Melihat situasi yang baru dilihatnya itu, tanpa sedar senyumannya bergayut di bibir. Tidak sangka Dew berpatah balik untuk mendapatkannya semula.
Akhirnya dia dapat melihat, di sebalik sifat Dew yang umpama The Devil, masih tersembunyi sifat kemanusiaannya. Dew umpama si baik yang menyarungkan diri sebagai si jahat di mata semua orang. Camie masih mahu percaya yang Dew adalah jelmaan semula Jeremy yang sudah mati.
“Kalau aku masih di hentian bas agaknya, apa situasi yang bakal berlaku, ya?” Bibirnya terus mengukir senyuman biarpun bebelan Paula masih terus menerjah gegendang telinga.
SURIA pagi tersenyum ceria. Minggu baru datang dan membuka satu lagi lembaran baru dalam diari kehidupan. Camie melangkah ke kolej dengan hati yang berdebar kali ini. Ada sesuatu yang menakutkan bakal dia hadapi hari ini. Bukan Dew, tetapi sesuatu yang bakal menentukan nasibnya sama ada akan terus menetap di sini ataupun kembali ke tempat asalnya di Roseland.
Dengan perasaan yang berdebar-debar, Camie melangkah ke papan kenyataan di mana keputusan ujian penilaian dipamerkan. Ramai yang sedang mengerumuni papan kenyataan di lorong utama menuju ke dewan itu. Camie terpaksa berasak-asak untuk menyelinap masuk ke ruang hadapan. Selepas berjaya sampai di hadapan papan kenyataan, Camie segera mencari namanya dalam senarai keputusan. Begitu banyak nama yang terpampang di dada papan kenyataan tersebut sehingga menyukarkan untuk mengesan namanya. Senarai keputusan disusun mengikut markah tertinggi, bukan mengikut urutan abjad jadi ini menyukarkan Camie mengesan di mana kedudukannya.
“Ha!!!” Camie terjerit tatkala berjaya mengesan kedudukannya. Dia menekup mulutnya yang melopong akibat kejutan tersebut… lima ratus empat puluh lima markah aja. Sipi-sipi saja nak gagal. Jangan kata nak kembali ke Roseland, nak pandang peta Bandar Roseland pun Camie rasa macam tak berani dah. Keputusan macam hampeh! Confirm mama dan papa akan mengamuk sekali lagi lepas ni.
Kepala menekur ke lantai. Kehampaan yang sudah terjangka sebelum ini mula terpamer di wajah si gadis malang itu. Dengan keputusan yang hampir gagal itu bermakna Camie perlu terus berada pekan kecil ini. Camie akan terus berhadapan dengan lelaki kejam berwajah seiras dengan Jeremy, bekas kekasihnya yang sudah lama mati itu.
“Tepi, tepi… beri laluan!” Kata-kata seorang pelajar lelaki itu menyebabkan semua yang berada di papan kenyataan tersebut menoleh ke belakang.
Tatkala melihat The Taiko yang berdiri malas di belakang Jiro yang sedang menolak-nolak beberapa orang pelajar untuk menuju ke hadapan, mereka segera memberi ruang untuk lelaki itu.
Pada jarak satu kaki, mata Dew tepat merenung ruang atas papan kenyataan. Seolah-olah dia sudah tahu di mana kedudukannya dalam keputusan tersebut. Camie yang berdiri di tepi hanya menjeling diam-diam. Sempat juga matanya melilau cuba mencari kedudukan Dew dalam senarai tersebut.
Oh! Kali kedua Camie terkejut. Mulutnya segera dikatup, menahan suaranya yang hampir meledak selepas melihat kedudukan The Taiko.
“Tempat kelima dengan lapan ratus sembilan puluh jumlah markah keseluruhan…” kata Camie perlahan menyebut kedudukan Dew. Camie membuang wajah ke sebelah. Memandang Dew yang masih merenung papan kenyataan. Betul ke apa yang aku lihat ni? Betulkah ini keputusan si kaki tidur dalam kelas ni? Biar betul… macam mustahil aja. Takkan pula dia guna cara kotor waktu ujian hari tu. Isy, musykilnya aku!
Lelaki berambut tidak terurus dengan jambulnya yang diwarnakan dengan warna perang muda itu terus direnung oleh Camie. Camie menggaru-garu dagunya kerana masih gagal mendapatkan jawapan ke atas kemusykilannya itu. Nampaknya ada sesuatu tentang Dew yang masih tidak diketahuinya dan dia perlu menyiasatnya lagi.
Wajah Dew tidak beriak. Matanya terus merenung papan dan tampalan kertas berwarna putih itu. Tangan yang menyeluk poket seluar sudah dikeluarkan. Sempat Camie terpandang tangannya yang sedang mengepal buku lima. Namun Camie tidak dapat membaca dengan jelas pemikiran lelaki itu kini. Hendak kata gembira, sedikit pun riak gembira itu tidak terpamer di wajah Dew. Hendak kata tidak puas hati, mustahil dengan markah yang superb macam itu pun Dew masih tidak berpuas hati.
“Tahniah, Jeremy. Awak dapat tempat kelima peringkat kolej,” tegur seorang pelajar lelaki berkaca mata yang tiba-tiba muncul sambil menepuk bahu Dew dengan mesra. “Hai… malangnya saya gagal untuk rampas tempat pertama seperti yang sepatutnya. Adakah saya tak cukup berusaha ya, Jeremy?”
Camie agak terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Sarkastik. Berlagak. Riak. Seolah-olah dia sedang menyindir Dew yang sekadar di kedudukan kelima itu.
Buk!!!
Tanpa sempat mengelak, lelaki itu terpelanting menyembah bumi sebaik Dew melepaskan tumbukan kencangnya. Suasana agak kecoh tiba-tiba apabila Dew mendapatkan lelaki itu semula dan membelasahnya lagi.
“Dew, sabar!” Jiro memainkan peranan sebagai penenang Dew. “Cool down, okey.” Jiro mengelus-elus belakang Dew.
Dew menepis kasar sentuhan Jiro. Pelajar berkaca mata yang kononnya pandai itu dijeling dengan tajam sebelum kembali mengerling papan kenyataan. Melihat semula keputusan yang tidak memuaskan hatinya, Dew segera mengoyak kertas senarai keputusan tersebut. Selepas itu dia beredar dari situ.
Camie secara tidak sengaja telah menghalang laluan Dew.
Langkah Dew mati di hadapan gadis itu. Wajah Camie dicerlung penuh marah.
Camie cuak dan menunduk kepala. Terasa seram tatkala melihat amukan lelaki itu. Tiada siapa yang berani menentang The Taiko. Hatta guru sekalipun takut apatah lagi para pelajar.
“Tepilah, Si Hodoh! Kau nak mati ke?” jerkah Dew sebelum menolak kasar batang tubuh Camie yang menghalang laluannya.
Camie yang ditolak kasar itu terjatuh melanggar dinding. Yang lain segera menjauh. Tidak berani menegur The Taiko yang sedang naik angin. Kelibat Dew yang menuju ke pintu gerbang kolej diperhatikan mereka semua termasuklah Camie.
“Phill tu memang bodoh. Dah tau diri tu lemah, sengaja nak cari pasal dengan Jeremy. Mentang-mentang dia dah berjaya pintas kedudukan Jeremy, berlagak pula,” bisik suatu suara.
Camie terdengar suara halus di sebelahnya yang mengulas tentang kejadian tersebut.
“Eleh, baru sekali ajalah. Si skema tu memang macam tu. Tak padan dengan skema, ada hati nak tewaskan The Taiko. Menyampah!” Seorang lagi bersuara. Sempat matanya menjeling ke arah lelaki berkaca mata tadi yang sudah bangun untuk beredar dari situ.
Camie mendekat untuk terus mendengar bicara mereka sekali gus mendapatkan sedikit maklumat yang berguna.
“Tapikan, Jeremy nampak sangat marah tadi. Aku rasa kalau Phill tak bersuara sekalipun, Jeremy akan cari mangsa belasahan… keputusan dia jatuh teruk kali ni.”
“Betul. Aku setuju. Daripada tempat kedua, sekarang dah jatuh ke tempat kelima. Kau bayangkan sendirilah. Siapa yang tak bengang… aku rasa cikgu salah kira markah dia kut.”
“Hesy, kau ni. Kalau cikgu salah kira lebih baik tak payah jadi cikgu,” marah salah seorang daripada mereka. “Sudahlah, jom masuk kelas,” ajaknya.
Selajur ketiga-tiga mereka melangkah meninggalkan kawasan tersebut.
Camie yang mencuri dengar tadi terus berdiri di situ sambil memerhati kelibat Dew yang mula menghilang di sebalik tembok pagar. Siapa Dew? Persoalan itu muncul di benaknya setelah mendengar perbualan beberapa orang pelajar tadi. Dia semakin tertarik dengan lelaki yang digelar sebagai The Taiko oleh para pelajar kolej itu. Semacam ada satu rahsia yang belum disedarinya tentang Dew a.k.a Jeremy.
Camie tidak pernah menyangka yang Dew sama bijak seperti Jeremy juga, memandangkan lelaki itu selalu ponteng dan tidur di dalam kelas. Bersikap mengambil berat biarpun suka mengejami orang. Ada sifat-sifat terpuji biarpun mulutnya sangat jarang berbicara sopan.
Ingin sekali Camie membuka hijab di sebalik sikap Dew yang bertentangan itu. Semakin dia mengenali Dew, semakin dia nampak yang pertentangan sikap lelaki itu dengan Jeremy semakin tipis. Secara zahirnya memang mereka umpama langit dengan bumi, namun ada kalanya Dew benar-benar sama seperti Jeremy.
WAKTU rehat tengah hari itu Camie pergi menemui Phim yang sedang menjamu bekalan makanannya di kelas seperti biasa. Phim duduk di meja hadapan Dew, jadi jika hendak menyiasat tentang Dew maka gadis itulah sasaran utamanya. Tentu Phim tahu banyak tentang Dew.
“Hai, Phim…” tegur Camie mesra.
Mendengarkan namanya yang dipanggil, Phim mendongak. Seulas senyuman di bibir Camie tidak dibalasnya. Phim menutup bekal makanan dan gesa-gesa beredar pergi. Ditegur oleh Camie seolah-olah menghampiri lubang celaka. Dia tidak mahu bergaul dengan hamba The Taiko. Tentu dia akan mendapat bala kalau melayan gadis tersebut.
“Eh, Phim… tunggu dulu!” Dengan pantas Camie mendapatkan semula Phim yang cuba untuk beredar. “Kau nak pergi mana?”
“Wooi!” Phim menepis sentuhan Camie yang cuba hendak berbaik-baik dengannya. “Jangan dekati aku. Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan hamba Dew!”
“He?” Camie terpinga-pinga tidak mengerti maksud Phim. “Apa maksud kau?”
“Tak payahlah tanya. Selagi kau kenal Dew sebagai The Taiko, itulah syaratnya. Hamba Dew tak boleh dibuat kawan… kalau nak selamat daripada terkena tempias badi menjadi hambanya,” jelas Phim ringkas sambil mencuit sedikit makanan dalam bekas makanannya.
“Tapi aku dan Dew tak pernah bermusuh.” Sememangnya selama ni Camie tak menganggap Dew sebagai musuhnya. Cuma kadangkala saja dia berasa geram dan tak berpuas hati dengan sikap Dew yang agak keterlaluan.
Phim mencebikkan bibir… memanglah kau bukan musuh Dew, tapi kau tu hamba The Taiko! Hergh! Tak faham-faham lagi ke… kau tu hamba The Taiko, pelajar paling berpengaruh di kolej Riveria Hook ni.
“Eh, Phim… sebenarnya aku nak tanya sesuatu ni,” kata Camie terus kepada tujuan asalnya tadi. “Marilah dekat sikit. Yang kau takut sangat ni kenapa?” panggil Camie apabila mendapati Phim seakan-akan takut hendak mendekati dirinya.
“Kau nak tanya apa? Tanya ajalah. Aku masih boleh dengar dari jarak ni,” jawab Phim yang sudah duduk di meja belakang kelas sambil mencubit sedikit demi sedikit makanannya masuk ke dalam mulut.
“Aku nak tanya pasal Dew.”
Dia nak tahu tentang Dew? Apa yang dia nak siasat agaknya. Phim melirik kepada Camie yang masih berdiri di sebelah mejanya dengan curiga.
“Dia sangat berbeza dengan apa yang aku bayangkan selama ni. Aku sangka dia tu budak yang gagal dan memilih untuk menjadi jahat demi kepuasan diri. Tapi sebaliknya dia taklah terlalu jahat. Malah seorang yang bijak. Errr… aku yakin kau tentu lebih kenal dia. Boleh kau beritahu serba sedikit tentang Dew?”
“Apa yang kau nak tau?”
“Kau ceritalah tentang latar belakang dia… kawan-kawan ataupun keluarga ke…”
Nampaknya budak yang dipanggil Si Hodoh oleh Dew ni betul-betul berminat dengan The Taiko. Tapi aku tak boleh cerita tentang Dew begitu aja kepada dia. Mati aku kalau Dew tau aku dedahkan hal berkenaan dirinya kepada budak perempuan ni. Nanti tak pasal-pasal aku kena jadi hamba dia semula. Susah hidup aku nanti.
Tapi Camie nampak ikhlas. Mungkin kalau aku cerita tentang Dew, dia boleh ubah Dew kembali menjadi budak yang ceria seperti waktu dulu. Tapi mungkinkah perkara tersebut boleh berlaku? Melainkan diri Dew sendiri, tiada sesiapa boleh mengubah sikap dia.
“Aku akan cerita pada kau tapi dengan syarat…” kata Phim perlahan sambil tertoleh-toleh melihat sekitarnya memastikan line clear. Camie menyuakan kepalanya ke hadapan mendekat sedikit kepada Phim. “Kau mesti simpan rahsia ni daripada sesiapa. Jangan ungkit di hadapan sesiapa, lebih-lebih lagi di hadapan Dew. Faham?”
Camie menoleh ke kiri dan kanan sebelum kembali kepada Phim. Dengan sungguh-sungguh dia mengangguk menyetujui syarat Phim.
“Jom ikut aku.” Phim menutup bekal makanannya sebelum beredar keluar dari kelas.
Camie mengekorinya dari belakang. Tidak tahu ke mana Phim hendak pergi. Asalkan dia boleh tahu sesuatu tentang Dew, dia ikut saja ke mana Phim membawanya pergi.
Phim duduk di bawah sepohon pokok besar yang rendang di tepi padang bola sepak. Camie ikut duduk di akar besar yang timbul di tanah di sebelah Phim. Sambil melihat beberapa orang pelajar yang berjalan-jalan di sekitar kawasan kafeteria yang bertentangan dengan padang, Phim menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita.
“Dulu dia tak macam tu. Dulu dia seorang yang friendly, baik hati, ceria… walaupun kadangkala suka berlagak macam tuan besar.” Phim tarik muka ketat. Terbayang di matanya sikap Dew yang dikenalinya dulu. Pemuda itu seorang yang disenangi oleh kebanyakan orang. Cuma satu sifatnya yang buat Phim bengang, iaitu Dew suka mengarah orang dengan sesuka hati dan dek kerana sikap mesranya dengan semua orang, maka tiada siapa yang membantah arahan tuan muda keluarga Orbido yang berpengaruh di pekan Riveria Hook itu.
“Tapi sikapnya berubah mendadak sejak kematian sahabat karibnya. Dia jadi dingin bagaikan ais. Dia tak pedulikan sesiapa dan mula hilang kepercayaan terhadap orang dewasa, terutama guru-guru dan ibu bapanya sendiri,” kata Phim memulakan kisahnya.
“Kawan baik dia mati? Kenapa?” Tidak sabar nampaknya Camie ingin mengetahui cerita Phim.
“Nahas jalan raya… dan Dew percaya yang kemalangan tersebut dirancang oleh seseorang, tapi tiada sesiapa yang percaya dengan kata-katanya. Kes tersebut ditutup begitu aja oleh pihak berkuasa. Dew tak puas hati… tapi dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia tiada kuasa dan tiada siapa yang nak percaya cakap-cakap sorang budak pada waktu tu. Dia rasa telah kehilangan hak untuk bersuara disebabkan usianya pada waktu tersebut.”
“Tapi kenapa ibu bapanya dan guru ikut telibat?”
“Sebenarnya puncanya daripada ibu bapa Dew. Ayah Dew seorang usahawan yang mempunyai empayar perniagaan yang besar. Seorang yang sibuk dan tak pernah mempedulikannya. Manakala ibunya pula seorang ahli politik yang sangat berpengaruh. Maka kehidupan Dew sentiasa dalam kawalan ibunya.
“Nak dijadikan cerita, ibu Dew tak suka Dew berkawan dengan Leo. Dia rasa Leo tu bukan contah yang baik untuk anaknya. Leo memang agak liar. Belajar pun bukannya bijak sangat. Sedangkan waktu tu, Dew adalah salah seorang pelajar cemerlang dalam sekolah. Bukan setakat ibu bapanya, malah guru-guru waktu tu pun takut kalau Dew terpengaruh dengan kegiatan luar Leo yang mencurigakan. Tapi satu sikap Leo yang semua orang suka, iaitu dia seorang yang mementingkan persahabatan. Walau dalam apa situasi pun dia mesti akan dahulukan Dew. Siapa pun yang datang minta bantuan daripada Leo, pasti tak akan kecewa,” cerita Phim dengan panjang lebar.
“Tentu Dew rasa kehilangan yang besar selepas Leo mati, kan.” Camie seolah-olah dapat merasai perasaan Dew kerana dia juga pernah kehilangan orang yang disayanginya.
“Ya, tapi tiada siapa yang peduli dengan situasi Dew waktu tu. Ada yang berpendapat, kemalangan Leo dirancang sendiri oleh Madam Juwiette, ibu Dew. Sebab itulah tiada sesiapa yang berani nak tegakkan keadilan untuk Leo. Cikgu sendiri pun tidak berani, sebab jatuh bangunnya kolej ini adalah atas kuasa Madam Juwiette.”
“Oh… sebab tu ke semua cikgu tak berani nak menegur sikap Dew, Phim?” Camie meneka berdasarkan pemerhatiannya terhadap lelaki itu selama ini.
Phim mengangguk perlahan. Baguslah kalau Camie sudah faham sekarang. Bukan setakat guru-guru, malah pengetua sendiri pun tak berani nak membuang Dew dari kolej walaupun telah banyak kesalahan yang Dew lakukan sepanjang dua tahun ni. Semuanya sebab kuasa Madam Juwiette, ditambah keputusan akedemik Dew yang cemerlang setiap tahun.
“Sejak hari tu, Dew memberontak. Sikap dia berubah kasar dan mengejami sesiapa aja. Dia bersikap dingin dan akan membelasah orang hanya disebabkan masalah kecil. Kalau kau nak tau, semua budak dalam kelas kita dah pernah jadi hamba Dew. Dew seolah-olah melepaskan dendamnya pada semua orang, sebab dia gagal mencari pesalah sebenar dalam kes kematian Leo.”
“Uh… teruknya. Dia tak patut buat macam tu. Selain mengejami orang lain, sebenarnya dia telah mengejami diri sendiri. Dia macam nak merosakkan diri sendiri.”
“Entahlah… dia juga menjauhi semua orang. Tak nak berkawan dengan sesiapa lagi sejak Leo tiada.”
“Habis tu, Jiro?”
“Jiro tu tak ubah macam balaci dia aja. Budak tu ‘Kipas Anggun’ lah, Camie. Pengampu. Dia rapat dengan Dew supaya dapat rasa tempias kuasa taiko. Dew sengaja bagi muka pada dia sebab kadangkala Jiro tu berguna padanya.”
“Huh!” Camie mengeluh pendek. “Macam mana pula dengan Leah?” soal Camie semula tatkala teringatkan keakraban Dew dengan gadis tersebut.
“Yang itu aku no comment… bila The Taiko bergaul dengan Queen of Pirate, mereka adalah satu gabungan yang sempurna. Lebih-lebih lagi dalam aktiviti membuli dan mendajal orang.”
Camie tersenyum pendek tatkala melihat memek muka Phim yang agak meluat menyebut nama gelaran Leah.
“Macam mana Dew boleh skor dalam exam walaupun dia tak belajar waktu di kelas?” Ada saja soalan yang terlintas di benak Camie tentang Dew dan kesempatan itu menyebabkan dia terus bertanya lagi kepada Phim.
“Dia tak belajar di dalam kelas, tapi kau tau ke kalau dia tekun belajar di luar kelas?”
“Apa maksud kau?”
“Disebabkan kes Leo, Dew membenci guru-guru di kolej. Dia tak mahu menerima pengajaran di kolej. Dia nak buktikan tanpa guru-guru pun dia tetap boleh jadi pelajar cemerlang. Jadi setiap hari dia menghadiri kelas malam di luar kolej. Selain tu, kalau kau tengok dia selalu ponteng kelas, sebenarnya dia ke suatu tempat untuk studi,” bongkar Phim. Perkara itu bukan diketahui oleh semua orang. Phim tahu kerana pernah terserempak dengan Jeremy beberapa kali di luar kolej.
“Tapi hari tu… betul ke dia pergi studi?” Camie waswas kerana setahunya waktu dia mengekori Dew tempoh hari, lelaki itu bukan ke suatu tempat untuk belajar. Namun dia tidak memanjangkan prasangkanya itu kepada Phim. Takut dia dituduh membawa cerita pula.
“Camie, walaupun aku tak rapat dengan Dew, tapi kami berjiran. Jadi aku tau serba sedikit tentang dia. Lagipun dia belajar di pusat tuisyen yang sama dengan aku.”
“Jadi setiap malam kau pergi ke kelas bersama dia?”
“Gila! Tak nak aku jalan dengan dia. Dah cukuplah aku pernah jadi hamba dia suatu masa dulu. Sebenarnya, kelas aku cuma dua kali seminggu. Jadi bukanlah sepanjang masa aku bersama dengan dia,” jelasnya pada Camie.
“Phim, satu lagi persoalan… kalau Dew dah tak suka dengan kolej ni, kenapa dia masih terus belajar di sini? Kenapa tak pindah aja?”
“Hurm… sebab dia perlu dapatkan sijil pengiktirafan untuk melanjutkan pengajian ke universiti kelak. Lagipun aku rasa Dew tak sanggup nak tinggalkan kolej yang dah banyak mewarnai kehidupannya dulu. Walaupun Leo dah tak ada, tapi memori mereka sentiasa hidup di dalam hatinya,” jawab Phim, sekali gus menamatkan ceritanya sampai di situ.
Gadis itu bangkit dari duduknya lalu meninggalkan Camie.
“Eh, Phim… nak pergi mana?” tanya Camie.
“Balik kelaslah. Cukup sampai di sini aja cerita tentang Dew. Ingat… jangan buka cerita ni pada sesiapa. Habis sampai di sini aja tau.” Kata Phim sebelum meneruskan langkahnya meninggalkan kawasan padang.
Camie sekadar menghantar pemergian Phim dengan pandangan mata.See More
USAI AKU TERIMA NIKAHNYA ~ karya UMIE NADZIMAH karya seni okt 2011
USAI AKU TERIMA NIKAHNYA ~ UMIE NADZIMAH
RM19 [ SEM MALAYSIA ]
RM22 [ SABAH / SARAWAK ]
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri :"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif; " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya...
My Love Is Playgirl karya SITI NUR DHUHA buku prima okt 2011
My Love Is Playgirl
SITI NUR DHUHA
RM25.90
... ISBN: 978-967-0342-09-2
~688 hlm
Bahasa Melayu
Puteru Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkan Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?
AKHIRNYA AKU KAHWIN KARYA HERNA DIANA alaf21 okt 2011
AKHIRNYA AKU KAHWIN
KARYA HERNA DIANA
HARGA : RM 19.90
SINOPSIS :
Didi gadis comel yg periang. Dia tidak pernah kisah dgn pandangan org lain yg sering memperlekehkanna. Baginya dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan org. Sebagai seorang insan dia punya keinginan utk mencinta dn dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.
Kemunculan Syafizi menghuru-harakan hidupnya. Kata2 ibarat bom nuklear yg keluar dr mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pd Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja panggil aku '''Debab ". Berhadapan dengan lelaki itu dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dgn ayat ala bom atom.
Pesan org tua janga terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke ? Takkanlah Syafizi yg selalu cari pasal suka padanya. Mustahil ! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dgn "Terhangat ^Di ^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu suka berkongsi suka dn duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu ????
Monday, September 19, 2011
BIARKAN IA BERLALU - SHA IBRAHIM KAKI NOVEL
BIARKAN IA BERLALU - SHA IBRAHIM
ISBN: 978-967-5067-86-0
SEMENANJUNG: RM 37.00
SABAH/SARAWAK: RM 40.00
Sinopsis:
Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.
Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.
Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.
Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….
Subscribe to:
Posts (Atom)